Pages

Hidup perlu diteruskan...pasrahlah pada Yang Esa kerana sesungguhnya hidup dan mati ini hanya untuk Allah!

Wednesday, November 28, 2012

Daging Bakar Ala Korea ( kalbi )

Senang jea buat daging bakar Korea ni...makan dengan kimchi dan salad...bestttt...tapi dengan syarat kena guna daging yang lembut yang sesuai untuk buat steak seperti daging batang pinang

Bahan-bahannya :
500 gm daging
Selabu bawang putih
2 inci halia
4 sudu besar Kicap pekat
1 sudu kecil cuka
4 sudu besar minyak sayuran @ sedikit minyak bijan
1 sudu besar gula castor

Cara-caranya :
1. Potong daging nipis dan kecil...senang nak dibungkus dengan salad dan dimakan
2. Kisar bawang putih dan halia sedikit kasar...jangan sampai berair
3. Tambahkan semua bahan lain...perap dan bakar sekejap sahaja di atas kuali non stick dengan api sederhana besar...jangan guna api yang kecil kerana ia akan mengakibatkan air daging keluar dan daging menjadi kering.
4. Letakkan sedikit kimchi dan daging di atas salad...bungkus macam makan sirih dan makan.

Sangat seronok kalau dimakan bersama-sama kaki-kaki Korea...hahaha. But everybody will love this... :D

Tuesday, November 27, 2012

Durian Crepe



Bahan-bahan Crepe :
4 sudu besar tepung gandum superfine ( bluekey )
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung ubi kentang
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur gred A @ 3 biji telur yang bersaiz kecil
2 sudu besar minyak ( sawit, jagung, zaitun ) @ butter yang dicairkan
2 sudu besar gula castor
150 ml susu cair brand ideal
300 ml air
Sedikit essen vanila dan Pewarna kuning

Bahan-bahan isi :
1. Asingkan durian dari bijinya
2. Pukul 500 ml krim putar (whipping cream ) bersama 2 sudu besar gula castor...kalau whipping cream yang dah manis x perlu tambah gula. Pukul sehingga kembang dengan kelajuan paling rendah dan berhenti apabila whipping cream sudah kembang dan kental...jangan terlebih pukul nanti dia akan bertukar menjadi cecair dan butter pulak.
* whipping cream yang ok...brand Pauls Thickened Cream, Anchor Whipping Cream @ Emborg Whipping cream. Supaya cream pekat elok...letakkan bekas  berisi WC ke dalam bekas yg berisi ais dan sedikit air...macam ais kosong laa tp air jangan banyak sangat. Biarkan sahaja di dalam bekas berisi ais sampai habis proses membungkus Crepe supaya sentiasa sejuk.

Cara-caranya :
1. Untuk Crepe satukan semua tepung dan tapis
2. Di dalam bekas asing...campurkan bahan-bahan cecair dan kacau rata dengan menggunakan pemukul tangan...jangan pukul cuma kacau rata...kalau terlebih pukul adunan akan berbuih dan menyebabkan Crepe berlubang dan x boleh nak letak isi di dalamnya.
3. Curahkan adunan cecair tadi ke atas tepung sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan
4. Masukkan essen vanila dan pewarna kuning telur...tapis dan biarkan sekejap adunan bater ini. ( sekarang-kurangnya 15 minit )
5. Panaskan pan non stick dan sapukan sedikit minyak dengan menggunakan tisu...pertama kali sahaja...lepas tu x payah letak minyak lagi.
6. Ambil sesenduk kecil adunan bater dan tuangkan ke atas kuali...ratakan menggunakan senduk
7. Biar masak...nampak semua adunan berubah warna @ masak
8. Angkat...x perlu diterbalikkan...masak sebelah bahagian sahaja

Cara-cara membungkus :
1. Letakkan Crepe yang licin di bahagian bawah
2. Letakkan sesudu kecil cream
3. Letakkan sesudu kecil isi durian
4. Letakkan sesudu kecil cream lagi
5. Lipat ke atas dan ke kiri dan kanan
6. Terbalikkan dan letakkan di atas mangkuk kertas kecil
7. Simpan di dalam peti ais beberapa jam sebelum sedia dimakan

Sedap dimakan sejuk...cubalah...sekali cuba pasti nak lagi!!!
















KIMCHI

Resepi ini saya ambil dari blog orang Korea yg ditulis dalam bahasa Inggeris so boleh faham laa kan...kalau dalam bahasa Korea tak kemana laa...boleh tengok kat YouTube jugalah...ada ajar step by step...cubalah...best dimakan dgn bubur nasi...dibuat stew dengan daging atau mee kimchi...nasi goreng kimchi pun boleh...ada jugak kat YouTube


Bahan-bahannya :
2 biji kobis China yang besar @ 3 yg kecil
2 cawan garam halus
Air

Bahan sos Kimchi :
2 cawan tepung beras pulut + 6 cawan air ( dikacau rata di atas api perlahan sehingga berkilat dan mendidih...meletup-letup gitu... Kalau pekat sangat boleh jea ditambah air dan kacau sehingga licin dan berkilat dan mendidih + 1/4 cawan gula dan kacau selama seminit...sejukkan )
secawan sos ikan ( kalau x suka sos ikan gantikan dengan garam jea )
4 cawan serbuk cili (boleh beli kat supermarket...yg best brand Tesco @ Giant)...boleh tambah cili yang kasar sedikit...cili boleh ditambah mengikut kepedasan yang disukai...
Sebatang lobak putih
Sebatang lobak merah
1 biji bawang besar
2 labu bawang putih
2 inci halia
1 biji buah pear kuning @ buah lai yang kulit dia warna perang/brown
1 sudu besar garam halus ( kalau x guna sos ikan kena tambah garam lebih )
1/2 sudu besar gula
Beberapa batang daun bawang

Cara-caranya :
1. Potong kobis separuh di bahagian bawah dan tarik sehingga terbelah dua @ boleh juga dipotong kecil-kecil...saya suka dipotong kecil kerana senang bila nak guna untuk masakan nanti.
2. Rendam kobis dengan garam halus dan sedikit air...biarkan selama 4 jam ( terbalik-balikkan kobis tadi setiap 30 minit )
3. Bersihkan kobis sebanyak 3 kali bilasan supaya benar-benar bersih dari air garam
4. Sementara menunggu kobis tadi berendam air garam...kupas kulit lobak putih dan lobak merah, potong halus panjang-panjang.
5. Bawang besar, bawang putih, halia, buah pear dikisar sehingga halus.
6. Campurkan semua bahan ke dalam adunan tepung beras pulut tadi termasuk garam dan gula
7. Masukkan cili kisar dan sedikit cili flakes kalau suka
8. Masukkan kobis dan daun bawang yang dipotong sepanjang 1 1/2 inci.
9. Gaul rata dan biarkan selama 24 jam...selepas 24 jam itu barulah disimpan di dalam peti ais.

Kalau suka kimchi lebih masam...keluarkan sedikit dan simpan di luar pada suhu bilik sahaja.








Thursday, November 22, 2012

KUZI AYAM / DAGING


Bahan-Bahan:

1 ekor ayam
1 tin susu cair
1 botol tomato sos
4 labu bawang besar
1 biji asam limau nipis
15 biji buah badam
kismis
1 tin kecil minyak sapi untuk menggoreng


Bahan Untuk Rempah:

1 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
2 sudu teh biji piun
1 biji cabai
2 kelopak bunga lawang
1 hiris buah pala
1/2 inci halia putih
1 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji cili kering
2 inci halia


Bahan Untuk Gaul Pada Ayam:

1 sudu teh zat paran
1 kelopak bunga pala
2 ulas bawang putih
sedikit garam

CARA-CARA:

1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan.
2. Bawang putih, zat paran, bunga pala, dan sedikit garam ditumbuk dan digaul pada
ayam dan diperapkan selama 15 minit supaya meresap ke dalam ayam.
3. Rempah-rempah yang di atas digoreng tanpa minya, digiling hingga lumat ( kering ).
4. Buah badam direndam dengan air panas dan dibuang kulitnya, dipotong kecil-kecil
dan digoreng.
5. Bawang besar dipotong nipis, digoreng hingga kuning dan diramas.
6. Ayam yang diperapkan tadi hendaklah digoreng separuh masak dan diangkat.
7. Masukkan ayam, susu cair, tomato sos, bawang besar, kismis dan rempah-rempah
yang digiling ke dalam periuk.
8. Perahkan asam limau nipis dan kacau hingga sebati.
9. Masukkan juga minyak baki menggoreng ayam tadi.
10. Jerang di atas api yang sederhana hingga masak.
11. Perlahankan api biar naik baunya dan menjadi pekat. ( kuahnya tidak banyak)