Pages

Hidup perlu diteruskan...pasrahlah pada Yang Esa kerana sesungguhnya hidup dan mati ini hanya untuk Allah!

Thursday, July 21, 2016

Ketupat palas

Setiap kali raya mmg tolong mak buat ketupat palas...sejak jadi org sg.petani laa kannn...hihi...yg paling leceh nak bungkus jea...nak rebus finale tu senang sekali...masuk sini sebagai rujukan...sape nak try pun boleh tp kalau berguru lagi senang...

Bahan-bahan dan caranya :
1 Kg beras pulut
1 Kg santan
Sedikit garam
- Basuh beras pulut masukkan santan dan garam...masak di atas api sehingga pulut separuh masak ( pastikan jangan lembik )
- Kalau guna pulut susu...kurangkan santan
1 Kg beras pulut
600 gram santan

-Setelah separuh masak pulut tu...tunggu sejuk sekejap dan isikan kedalam daun palas yg telah dibuka sekeping-sekeping dan telah dibentukkan menjadi bentuk ketupat.
- Dah siap diisi dan diikat dengan kemas...pastikan masa tarik akhir sebelum diikat tu kena tarik kuat-kuat supaya padat...Masukkan ke dalam periuk dan masukkan air 3/4 hampir tenggelam ketupat palas tadi...jerang sehingga air betul- betul kering...ada bunyi macam pecah minyak mak petuakan...
- Angkat dan toskan supaya sejuk...kalau tak terlalu lembik
- Dah siap...boleh potong kalau besar dan hidangkan dengan rendang atau serunding...dan sedap dimakan begitu sahaja...