Pages

Hidup perlu diteruskan...pasrahlah pada Yang Esa kerana sesungguhnya hidup dan mati ini hanya untuk Allah!

Wednesday, November 28, 2012

Daging Bakar Ala Korea ( kalbi )

Senang jea buat daging bakar Korea ni...makan dengan kimchi dan salad...bestttt...tapi dengan syarat kena guna daging yang lembut yang sesuai untuk buat steak seperti daging batang pinang

Bahan-bahannya :
500 gm daging
Selabu bawang putih
2 inci halia
4 sudu besar Kicap pekat
1 sudu kecil cuka
4 sudu besar minyak sayuran @ sedikit minyak bijan
1 sudu besar gula castor

Cara-caranya :
1. Potong daging nipis dan kecil...senang nak dibungkus dengan salad dan dimakan
2. Kisar bawang putih dan halia sedikit kasar...jangan sampai berair
3. Tambahkan semua bahan lain...perap dan bakar sekejap sahaja di atas kuali non stick dengan api sederhana besar...jangan guna api yang kecil kerana ia akan mengakibatkan air daging keluar dan daging menjadi kering.
4. Letakkan sedikit kimchi dan daging di atas salad...bungkus macam makan sirih dan makan.

Sangat seronok kalau dimakan bersama-sama kaki-kaki Korea...hahaha. But everybody will love this... :D

Tuesday, November 27, 2012

Durian Crepe



Bahan-bahan Crepe :
4 sudu besar tepung gandum superfine ( bluekey )
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung ubi kentang
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur gred A @ 3 biji telur yang bersaiz kecil
2 sudu besar minyak ( sawit, jagung, zaitun ) @ butter yang dicairkan
2 sudu besar gula castor
150 ml susu cair brand ideal
300 ml air
Sedikit essen vanila dan Pewarna kuning

Bahan-bahan isi :
1. Asingkan durian dari bijinya
2. Pukul 500 ml krim putar (whipping cream ) bersama 2 sudu besar gula castor...kalau whipping cream yang dah manis x perlu tambah gula. Pukul sehingga kembang dengan kelajuan paling rendah dan berhenti apabila whipping cream sudah kembang dan kental...jangan terlebih pukul nanti dia akan bertukar menjadi cecair dan butter pulak.
* whipping cream yang ok...brand Pauls Thickened Cream, Anchor Whipping Cream @ Emborg Whipping cream. Supaya cream pekat elok...letakkan bekas  berisi WC ke dalam bekas yg berisi ais dan sedikit air...macam ais kosong laa tp air jangan banyak sangat. Biarkan sahaja di dalam bekas berisi ais sampai habis proses membungkus Crepe supaya sentiasa sejuk.

Cara-caranya :
1. Untuk Crepe satukan semua tepung dan tapis
2. Di dalam bekas asing...campurkan bahan-bahan cecair dan kacau rata dengan menggunakan pemukul tangan...jangan pukul cuma kacau rata...kalau terlebih pukul adunan akan berbuih dan menyebabkan Crepe berlubang dan x boleh nak letak isi di dalamnya.
3. Curahkan adunan cecair tadi ke atas tepung sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan
4. Masukkan essen vanila dan pewarna kuning telur...tapis dan biarkan sekejap adunan bater ini. ( sekarang-kurangnya 15 minit )
5. Panaskan pan non stick dan sapukan sedikit minyak dengan menggunakan tisu...pertama kali sahaja...lepas tu x payah letak minyak lagi.
6. Ambil sesenduk kecil adunan bater dan tuangkan ke atas kuali...ratakan menggunakan senduk
7. Biar masak...nampak semua adunan berubah warna @ masak
8. Angkat...x perlu diterbalikkan...masak sebelah bahagian sahaja

Cara-cara membungkus :
1. Letakkan Crepe yang licin di bahagian bawah
2. Letakkan sesudu kecil cream
3. Letakkan sesudu kecil isi durian
4. Letakkan sesudu kecil cream lagi
5. Lipat ke atas dan ke kiri dan kanan
6. Terbalikkan dan letakkan di atas mangkuk kertas kecil
7. Simpan di dalam peti ais beberapa jam sebelum sedia dimakan

Sedap dimakan sejuk...cubalah...sekali cuba pasti nak lagi!!!
















KIMCHI

Resepi ini saya ambil dari blog orang Korea yg ditulis dalam bahasa Inggeris so boleh faham laa kan...kalau dalam bahasa Korea tak kemana laa...boleh tengok kat YouTube jugalah...ada ajar step by step...cubalah...best dimakan dgn bubur nasi...dibuat stew dengan daging atau mee kimchi...nasi goreng kimchi pun boleh...ada jugak kat YouTube


Bahan-bahannya :
2 biji kobis China yang besar @ 3 yg kecil
2 cawan garam halus
Air

Bahan sos Kimchi :
2 cawan tepung beras pulut + 6 cawan air ( dikacau rata di atas api perlahan sehingga berkilat dan mendidih...meletup-letup gitu... Kalau pekat sangat boleh jea ditambah air dan kacau sehingga licin dan berkilat dan mendidih + 1/4 cawan gula dan kacau selama seminit...sejukkan )
secawan sos ikan ( kalau x suka sos ikan gantikan dengan garam jea )
4 cawan serbuk cili (boleh beli kat supermarket...yg best brand Tesco @ Giant)...boleh tambah cili yang kasar sedikit...cili boleh ditambah mengikut kepedasan yang disukai...
Sebatang lobak putih
Sebatang lobak merah
1 biji bawang besar
2 labu bawang putih
2 inci halia
1 biji buah pear kuning @ buah lai yang kulit dia warna perang/brown
1 sudu besar garam halus ( kalau x guna sos ikan kena tambah garam lebih )
1/2 sudu besar gula
Beberapa batang daun bawang

Cara-caranya :
1. Potong kobis separuh di bahagian bawah dan tarik sehingga terbelah dua @ boleh juga dipotong kecil-kecil...saya suka dipotong kecil kerana senang bila nak guna untuk masakan nanti.
2. Rendam kobis dengan garam halus dan sedikit air...biarkan selama 4 jam ( terbalik-balikkan kobis tadi setiap 30 minit )
3. Bersihkan kobis sebanyak 3 kali bilasan supaya benar-benar bersih dari air garam
4. Sementara menunggu kobis tadi berendam air garam...kupas kulit lobak putih dan lobak merah, potong halus panjang-panjang.
5. Bawang besar, bawang putih, halia, buah pear dikisar sehingga halus.
6. Campurkan semua bahan ke dalam adunan tepung beras pulut tadi termasuk garam dan gula
7. Masukkan cili kisar dan sedikit cili flakes kalau suka
8. Masukkan kobis dan daun bawang yang dipotong sepanjang 1 1/2 inci.
9. Gaul rata dan biarkan selama 24 jam...selepas 24 jam itu barulah disimpan di dalam peti ais.

Kalau suka kimchi lebih masam...keluarkan sedikit dan simpan di luar pada suhu bilik sahaja.








Thursday, November 22, 2012

KUZI AYAM / DAGING


Bahan-Bahan:

1 ekor ayam
1 tin susu cair
1 botol tomato sos
4 labu bawang besar
1 biji asam limau nipis
15 biji buah badam
kismis
1 tin kecil minyak sapi untuk menggoreng


Bahan Untuk Rempah:

1 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
2 sudu teh biji piun
1 biji cabai
2 kelopak bunga lawang
1 hiris buah pala
1/2 inci halia putih
1 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji cili kering
2 inci halia


Bahan Untuk Gaul Pada Ayam:

1 sudu teh zat paran
1 kelopak bunga pala
2 ulas bawang putih
sedikit garam

CARA-CARA:

1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan.
2. Bawang putih, zat paran, bunga pala, dan sedikit garam ditumbuk dan digaul pada
ayam dan diperapkan selama 15 minit supaya meresap ke dalam ayam.
3. Rempah-rempah yang di atas digoreng tanpa minya, digiling hingga lumat ( kering ).
4. Buah badam direndam dengan air panas dan dibuang kulitnya, dipotong kecil-kecil
dan digoreng.
5. Bawang besar dipotong nipis, digoreng hingga kuning dan diramas.
6. Ayam yang diperapkan tadi hendaklah digoreng separuh masak dan diangkat.
7. Masukkan ayam, susu cair, tomato sos, bawang besar, kismis dan rempah-rempah
yang digiling ke dalam periuk.
8. Perahkan asam limau nipis dan kacau hingga sebati.
9. Masukkan juga minyak baki menggoreng ayam tadi.
10. Jerang di atas api yang sederhana hingga masak.
11. Perlahankan api biar naik baunya dan menjadi pekat. ( kuahnya tidak banyak)

Wednesday, October 17, 2012

Creme Brulee

Dah lama sangat tak masukkan resepi baru...yang ni resepi yang wajib buat bila buat pavlova. Mula makan dessert ni kat Islamic Kitchen Bandar Baru Bangi...best...suka sangat...bila cari resepi rupanya ia memang kira macam kembar tak seiras pavlova...sebabnya pavlova guna telur putih dan Creme Brulee guna telur merah...ingredients dia yang lain lebih kurang sama...my favourite...cream!

Bahan-bahannya :
500 ml double cream
1 sudu kecil Essen vanilla
125 gm gula castor
6 biji telur merah
6 sudu kecil gula castor ( untuk topping )

Cara-caranya :
1. Panaskan oven 140 darjah celcius
2. Panaskan cream dan esen vanila agak hendak mendidih tapi jangan bagi mendidih...ada buih-buih kat tepi-tepi periuk tu boleh laa tutup api.
3. Di dalam bekas lain campurkan telur dan gula castor....kacau rata
4. Tambah cream yang dah dipanaskan tadi perlahan-lahan...sedikit demi sedikit ke dalam campuran telur dan gula tadi.
5. Tapis dan masukkan ke dalam jug atau bekas yang mudah nak tuang masuk dalam mangkuk kecil
6. Susun mangkuk porcelain kecil-kecil dalam tray pembakar
7. Masukkan adunan dalam mangkuk...letakkan air di dalam tray bawah ( Bain Marie technique )
8. Bakar selama 30 minit...bila dah masak...sejukkan dan bila betul-betul sejuk boleh masukkan dalam peti ais...dan bila nak makan...letakkan gula castor di atasnya dan bakar menggunakan torch atau boleh guna oven dengan api atas dan letakkan Creme Brulee paling rapat ke atas...dan makan...gula yang dibakar tadi akan jadi layer yang keras tapi di bawahnya lembut.




Tuesday, March 6, 2012

PAVLOVA - Australian Dessert


Bahan-Bahannya :
6 biji telur size A (ambil putih sahaja)
250 gm gula castor (dikisar halus)
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil essen vanila
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung

Untuk Topping :
Whipping Cream
Buah-buahan

Cara-caranya:
1. Panaskan oven dgn suhu 180 darjah celcius
2. Pukul telur putih sehingga sedikit kembang
3. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga adunan kembang
4. Masukkan cuka, essen vanila dan pukul lagi
5. Masukkan tepung jagung dan pukul lagi
6. Letakkan di atas dulang pembakar yang dilapik dengan kertas minyak
7. Bentukkan mengikut bentuk kesukaan
8. Kurangkan suhu oven kepada 150 darjah celcius, bakar selama 1 jam 15 minit (hasilnya ia akan pecah. Tutup api
9. Buka pintu oven sedikit selama 15 minit baru dikeluarkan dari oven

Untuk topping :
1. Pukul whipping cream dengan menggunakan mesin pemukul dengan nombor yang paling
rendah sehingga kembang. Brand emborg yg paling saya suka...senang nak kembang.
2. Letakkan di atas pavlova yang telah sejuk tadi dan susun buah-buahan mengikut kesukaan masing-masing
3. Sedia untuk dimakan...


RESEPI MEE UDANG (VERSI SENDIRI)

Ini pun resepi favourite...dicampur-campur dan digodak-godak dari beberapa resepi istimewa sehingga menjadi teristimewa....huhuhu

Resepi ini untuk hidangan 10 orang makan.

Bahan-bahannya:

Bahan kisar (A) :
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
seulas bawang besar
2 inci halia
7 tangkai lada kering
udang kering dan belacan mengikut citarasa

Bahan lain:
2 bungkus mee kuning
2 pokok daun sawi (betul ke pokok...:D)
semangkuk sos cili
semangkuk sos tomato
1/2 kilo udang galah @ apa-apa udang pun boleh
10 ekor udang harimau @ apa-apa udang pun boleh
2 kiub pati ayam

Cara-caranya :
1) Goreng udang bersama-sama dengan kulitnya sehingga garing.
2) Angkat udang dan kisar dengan air sehingga hancur
3) Tumiskan bahan kisar (A) menggunakan minyak gorengan udang tadi
4) Biarkan bahan tumis pecah minyak.
5) Masukkan air udang (2)
6) Tambahkan air lebih kurang 1 1/2 liter. Biarkan mendidih.
7) Masukkan kiub pati ayam, sos cili dan sos tomato.
8) Setelah mendidih masukkan garam dan udang galah
9) Akhir sekali masukkan sawi.
10)Hidangkan bersama mee dan bawang goreng. Boleh tambah daun bawang kalau suka.

Thursday, January 26, 2012

PIE TEE ( MASAKAN NYONYA )

Bahan-bahannya:
Cawannya:
100g tepung beras
40g tepung ubi
1 sudu kecil garam
1 biji telur (dipukul sedikit)
150 ml air
Minyak untuk memasak

Isinya:
130ml minyak untuk memasak
3 ulas bawang putih dicincang halus
20 g tauchu
2 kg sengkuang diparut memanjang
2 liter air
20 ml sos soya
20 ml kicap cair
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
Untuk cawannya:
1. Gaul semua tepung dan campurkan telur perlahan-lahan
2. Masukkan air dan kacau sehingga adunan batter yang sebati

3. Panaskan minyak dan masukkan acuan pie untuk dipanaskan

4. Celupkan acuan ke dalam adunan batter
5. Masukkan ke dalam minyak panas dan biarkan sekejap
6. Cuba cabut cawan pie daripada acuan dengan menggunakan garfu
7. Angkat bila sudah kuning keemasan
8. Ulang proses sehingga habis adunan batter

Isinya :
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan taucu sehingga naik bau
2. Kecilkan api dan masukkan sengkuang selama 3 minit (boleh tambah carrot sikit kalau suka)
3. Masukkan air dan garam dan biarkan sengkuang lembut dan pekat

Untuk makan : Masukkan isinya ke dalam cawan dan letakkan sos pencicah dan makan!
Cubalah...kali pertama mungkin susah tapi lama-lama pandai laa...:D