Pages

Hidup perlu diteruskan...pasrahlah pada Yang Esa kerana sesungguhnya hidup dan mati ini hanya untuk Allah!

Tuesday, November 27, 2012

Durian Crepe



Bahan-bahan Crepe :
4 sudu besar tepung gandum superfine ( bluekey )
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung ubi kentang
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur gred A @ 3 biji telur yang bersaiz kecil
2 sudu besar minyak ( sawit, jagung, zaitun ) @ butter yang dicairkan
2 sudu besar gula castor
150 ml susu cair brand ideal
300 ml air
Sedikit essen vanila dan Pewarna kuning

Bahan-bahan isi :
1. Asingkan durian dari bijinya
2. Pukul 500 ml krim putar (whipping cream ) bersama 2 sudu besar gula castor...kalau whipping cream yang dah manis x perlu tambah gula. Pukul sehingga kembang dengan kelajuan paling rendah dan berhenti apabila whipping cream sudah kembang dan kental...jangan terlebih pukul nanti dia akan bertukar menjadi cecair dan butter pulak.
* whipping cream yang ok...brand Pauls Thickened Cream, Anchor Whipping Cream @ Emborg Whipping cream. Supaya cream pekat elok...letakkan bekas  berisi WC ke dalam bekas yg berisi ais dan sedikit air...macam ais kosong laa tp air jangan banyak sangat. Biarkan sahaja di dalam bekas berisi ais sampai habis proses membungkus Crepe supaya sentiasa sejuk.

Cara-caranya :
1. Untuk Crepe satukan semua tepung dan tapis
2. Di dalam bekas asing...campurkan bahan-bahan cecair dan kacau rata dengan menggunakan pemukul tangan...jangan pukul cuma kacau rata...kalau terlebih pukul adunan akan berbuih dan menyebabkan Crepe berlubang dan x boleh nak letak isi di dalamnya.
3. Curahkan adunan cecair tadi ke atas tepung sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan
4. Masukkan essen vanila dan pewarna kuning telur...tapis dan biarkan sekejap adunan bater ini. ( sekarang-kurangnya 15 minit )
5. Panaskan pan non stick dan sapukan sedikit minyak dengan menggunakan tisu...pertama kali sahaja...lepas tu x payah letak minyak lagi.
6. Ambil sesenduk kecil adunan bater dan tuangkan ke atas kuali...ratakan menggunakan senduk
7. Biar masak...nampak semua adunan berubah warna @ masak
8. Angkat...x perlu diterbalikkan...masak sebelah bahagian sahaja

Cara-cara membungkus :
1. Letakkan Crepe yang licin di bahagian bawah
2. Letakkan sesudu kecil cream
3. Letakkan sesudu kecil isi durian
4. Letakkan sesudu kecil cream lagi
5. Lipat ke atas dan ke kiri dan kanan
6. Terbalikkan dan letakkan di atas mangkuk kertas kecil
7. Simpan di dalam peti ais beberapa jam sebelum sedia dimakan

Sedap dimakan sejuk...cubalah...sekali cuba pasti nak lagi!!!
















1 comment: