Hidup perlu diteruskan...pasrahlah pada Yang Esa kerana sesungguhnya hidup dan mati ini hanya untuk Allah!

Thursday, July 21, 2016

Ketupat palas

Setiap kali raya mmg tolong mak buat ketupat palas...sejak jadi org sg.petani laa kannn...hihi...yg paling leceh nak bungkus jea...nak rebus finale tu senang sekali...masuk sini sebagai rujukan...sape nak try pun boleh tp kalau berguru lagi senang...

Bahan-bahan dan caranya :
1 Kg beras pulut
1 Kg santan
Sedikit garam
- Basuh beras pulut masukkan santan dan garam...masak di atas api sehingga pulut separuh masak ( pastikan jangan lembik )
- Kalau guna pulut susu...kurangkan santan
1 Kg beras pulut
600 gram santan

-Setelah separuh masak pulut tu...tunggu sejuk sekejap dan isikan kedalam daun palas yg telah dibuka sekeping-sekeping dan telah dibentukkan menjadi bentuk ketupat.
- Dah siap diisi dan diikat dengan kemas...pastikan masa tarik akhir sebelum diikat tu kena tarik kuat-kuat supaya padat...Masukkan ke dalam periuk dan masukkan air 3/4 hampir tenggelam ketupat palas tadi...jerang sehingga air betul- betul kering...ada bunyi macam pecah minyak mak petuakan...
- Angkat dan toskan supaya sejuk...kalau tak terlalu lembik
- Dah siap...boleh potong kalau besar dan hidangkan dengan rendang atau serunding...dan sedap dimakan begitu sahaja...

Friday, June 26, 2015

Ikan Bakar Dan Air Asam

Air Asam 

Bahan-Bahan :
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 biji cili merah
1 biji tomato
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 biji limau nipis

Cara-cara :
1. Potong semua bahan
2. Gaul dan lenyek-lenyekkan sehingga bawang kelihatan lembut

Ikan bakar 

Bahan-bahan :
4 keping ikan pari
2 inci halia
10 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu besar madu
1 sudu kecil garam @ secukup rasa

*Kisar semua bahan dan perapkan ikan bersama-sama semua bahan.


Tuesday, July 1, 2014

MUSHROOM SOUP


Sup ni memang favourite saya...tapi dah lama tak buat...semalam tiba-tiba ada pulak kawan yang tanya resepi carbonara...so cite kat dia buat carbonara ni lebih kurang jea dengan mushroom soup...dah tu teringin pulak nak makan mushroom soup...

Bahan-bahanya :
1 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar (holland)
5 biji mushroom segar ( size sederhana )
1 liter susu segar
2 sudu besar tepung gandum
1 kiub pati ayam
3 cawan air panas

Cara-caranya :
1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dipotong dadu sehinggan layu
2. Masukkan mushroom yang dipotong nipis-nipis  ( 3 ketul ) sehingga layu
3. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga tepung masak ( lebih kurang 2 - 3 minit )
4. Masukkan susu segar dan kacau rata ( guna whisker pun boleh untuk hancurkan tepung yang berketul )
5. Kacau jarang-jarang sehingga mendidih
6. Blend adunan ( guna yang boleh terus blend dalam periuk pun boleh )
7. Masukkan semula kedalam periuk...tambahkan 3 cawan air dan kiub pati ayam
8. Masukkan mushroom  ( 2 ketul ) yang di potong dadu atau nipis-nipis ke dalam adunan
9. Masukkan garam dan serbuk lada hitam / lada sulah.
10.Kacau jarang-jarang sehingga mendidih... dah siap

Sedap dimakan dengan garlic bread...


Thursday, January 16, 2014

Pasrah

Dah lama sangat tak update blog ni atas sebab-sebab tertentu...semoga semuanya dipermudahkan Allah...dalam mengharungi ujian Allah...sesungguhnya setiap perkara yg berlaku itu pasti ada hikmahNya...yg hanya diketahui Allah...semoga Allah memberikan daku kekuatan...Amin
Terima kasih buat semua keluarga dan rakan-rakan yg sentiasa memberikan sokongan...hanya Allah yang mampu membalasnya...Amiinn

Layered Cheese Cake (Resepi Kak Raesah)

Bahan-bahannya :
1 bungkus biskut keju ( imported from Kuching )
1 tin susu pekat manis ( kalau susu cap junjung...guna 90% shj )
500 gm Cream Cheese ( philadelphia brand )
250 gm Cheddar Cheese ( diparut )

Cara-caranya :
1. Gaulkan susu pekat dan cream cheese sehingga sebati ( A )
2. Lapikkan cling wrap di dalam bekas 4 segi
3. Susun biskut keju, adunan A, Cheddar cheese sehingga habis semua adunan
4. Paling atas cheddar cheese
5. Simpan di dalam peti ais sehingga sejuk
6. Angkat cling wrap dari bekas dan bolehlah dipotong n makan... ;)