Pages

Hidup perlu diteruskan...pasrahlah pada Yang Esa kerana sesungguhnya hidup dan mati ini hanya untuk Allah!

Friday, June 26, 2015

Ikan Bakar Dan Air Asam

Air Asam 

Bahan-Bahan :
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 biji cili merah
1 biji tomato
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 biji limau nipis

Cara-cara :
1. Potong semua bahan
2. Gaul dan lenyek-lenyekkan sehingga bawang kelihatan lembut

Ikan bakar 

Bahan-bahan :
4 keping ikan pari
2 inci halia
10 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu besar madu
1 sudu kecil garam @ secukup rasa

*Kisar semua bahan dan perapkan ikan bersama-sama semua bahan.