Pages

Hidup perlu diteruskan...pasrahlah pada Yang Esa kerana sesungguhnya hidup dan mati ini hanya untuk Allah!

Friday, January 8, 2010

PUDING TRIFLE

Bahan-bahan:

Lapisan paling bawah:
  • Kek gulung dipotong 1 cm - 2 cm, susun di dalam bekas dan tuangkan sedikit air dari tin 'fruit cocktail' ke atas kek.
Lapisan kedua :
  • 1 tin susu cair (ideal) + 1/2 tin air dimasak sehingga mendidih sambil dikacau perlahan-lahan dengan api perlahan.
  • Tambahkan 3 sudu besar gula, kacau sehingga gula larut.
  • Masukkan 3 sudu tepung castard yang telah dicampur 1/2 cawan air. Kacau cepat-cepat supaya tidak berketul-ketul sehingga adunan berkilat dan sedikit pekat.
  • Tuangkan ke atas kek tadi sehingga tertutup kesemua kek.
Lapisan teratas :
  • Taburkan fruit cocktail di atas kastard tadi
  • Tuangkan jelly strawberry @ oren (Jelly yang sudah dibancuh dengan air tau, jangan letak serbuk jelly pulak)
  • Sejukkan
Selamat Mencuba...

Sunday, January 3, 2010

RESEPI YANG MUDAH DAN SEDAP



PHILIPINO CHOCOLATE MOIST KEK (K.HARISUN)
Nama Kak Harisun sebab resepi ni dia yang bagi...best...rugi tak cuba!

Bahan-Bahan :

(a) 1 cawan serbuk koko dibancuh dengan 2 cawan air panas ( kacau hingga larut )
(b) 4 biji telor
(c) 2 ¾ cawan gula castor
(d) 250 gm butter @ seketul butter ( biarkan lembut dalam suhu bilik )
(e) 2 ¾ cawan tepung naik sendiri + 2 sudu teh soda bikarbonat + ½ sudu teh baking powder ( ayakkan kesemuanya )

Cara-caranya :

(i) Panaskan oven dengan suhu 180°c
(ii) Pukul telor dan gula castor sehingga kembang
(iii) Masukkan butter yang telah lembut sedikit demi sedikit sehingga sebati
(iv) Masukkan bancuhan (a) dan (d) berselang-seli ke dalam adunan sehingga sebati
(v) Masukkan adunan kedalam acuan
(vi) Bakar selama 45 minit ++ dengan suhu 180°c

Untuk Topping :

¾ cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
2 sudu besar minyak / butter yang dicairkan
Campur semua bahan dan kacau di atas api sehingga sebati dan sedikit pekat

Selamat mencuba!!!

Friday, January 1, 2010

Rindu

Hari Raya Aidilfitri tahun 2007, tahun terakhir beraya dengan ibunda tercinta...
Kembali ke Rahmatullah pada 12 Februari 2008
Tanpa sempat melihat cucunya yang ke-31...Eisya
Semoga dipertemukan Allah di Syurga nanti...Amin

Raya Aidilfitri Tahun 2006

Rindu ini...

Betul kata orang rindu itu menyakitkan
Lebih menyakitkan kalau orang yang kita rindu tu sebenarnya tak rindu pun kat kita...huhu

Tapi...
Lebih menyakitkan lagi kalau orang yang kita rindu tak dapat nak rindu kat kita balik atau...
mungkin dia rindu jugak...hanya Allah yang tahu.....
Sakitnya hati ini bila merindu...lebih sakit bila merindu orang yang jauh di alam lain...
Datanglah ke dalam mimpi-mimpiku...moga terubatlah rindu ini
Ku kira semakin lama masa berlalu...
semakin hilang rindu ini...
Tapi...semuanya bagai tak pernah kurang dan tak pernah surut walau setitik pun
Ya Allah...tabahkan hatiku...Amin.

.

Kira lawak jugak laa...

Suatu hari yang biasa-biasa...

Eisya : Eisya nak tu...(sambil menuding jari ke arah kabinet berisi makanan)
Papa : Eisya nak makan apa? Biskut? Koko Krunch? Honey Star?
Eisya : Eisya nak tu...
Papa : Nah, nak ni ke? (sambil menghulurkan biskut)
Eisya : Nak tu....
Papa : Nah. (sambil menghulurkan koko krunch)
Eisya : Nak tu...(dengan nada suara yang agak tinggi)
Papa : Nah...(sambil menghulurkan honey star)
Eisya : Nak tu...(Dengan nada suara yang lebih tinggi sambil menuding jarinya lagi...tanpa menyatakan hasrat sebenar)

Papa dah mula tension dan dengan suara agak marah menghulurkan biskut kepada Eisya, sambil berkata:

Papa : Nah ambik, tak nak sudah!

Eisya mengambil biskut yang diberi papa lalu menggigitnya sedikit dan menghulurkannya kembali kepada papa sambil berkata:

Eisya : Nah ambik, tak nak sudah!

Eisya berlalu pergi meninggalkan ruangan dapur tanpa ada apa-apa reaksi atau perasaan pun...
Susah kalau bercakap dengan budak umur dua tahun ni. Lain yang kita maksudkan, lain pula yang dia maksudkan...huhu

Eisya...my little princess