Pages

Hidup perlu diteruskan...pasrahlah pada Yang Esa kerana sesungguhnya hidup dan mati ini hanya untuk Allah!

Saturday, December 11, 2010

Folio Sejarah Ting.1

Ini adalah usaha saya untuk membantu pelajar-pelajar saya menghasilkan Folio Sejarah Tingkatan 1.

Ia tidaklah sempurna...sekurang-kurangnya diharapkan ia dapat membantu walaupun sedikit...selamat berfolio!


KAJIAN SEJARAH TEMPATAN

TINGKATAN 1

Tajuk : Sejarah Diri dan Keluarga

  • Salasilah keluarga
  • Perkembangan diri dan keluarga

Aspek Kajian

Soalan-Soalan

Sumber (Bahan maklumat)

Salasilah keluarga

  • Nyatakan nama-nama ahli keluarga: ibu bapa, adik-beradik, datuk, nenek dan saudara-mara terdekat.
  • Jelaskan pertalian persaudaraan.
  • Nyatakan tarikh-tarikh penting dalam keluarga.
  • Berikan ulasan berdasarkan salasilah keluarga yang dibuat.
  • Membina rajah / carta mengenai salasilah keluarga.
  • Sijil kelahiran
  • Sijil perkahwinan
  • Kad pengenalan
  • Gambar
  • Orang sumber, misalnya datuk, nenek dan lain-lain.
  • Lain-lain sumber

Perkembangan diri dan keluarga

  • Nyatakan tempat dan tarikh lahir diri dan ahli keluarga
  • Dimanakah tempat asal / tempat tinggal sekarang (sekiranya pernah berpindah, sebutkan nama tempat).
  • Buat ulasan tentang aspek kemajuan dari segi :
    • pendidikan
    • pekerjaan
    • peristiwa penting dan lain-lain.
  • Dokumen rasmi
  • Sijil kelahiran
  • Kad pengenalan
  • Kad pekerjaan
  • Sijil-sijil sekolah
  • Sijil penghargaan
  • Gambar
  • Rakaman video
  • Orang sumber, misalnya pak cik, mak cik dan lain-lain.
  • Rakaman televisyen
  • Majalah
  • Lain-lain sumber

Contoh Kajian Sejarah Tempatan Tingkatan 1


ISI KANDUNGAN

1) Penghargaan

2) Matlamat / Objektif Kajian

3) Kaedah Kajian

4) Salasilah keluarga

5) Perkembangan diri dan keluarga (sertakan gambar)

6) Lampiran :

  1. Salinan KP
  2. Salinan Sijil kelahiran
  3. Salinan Sijil-Sijil lain


PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru sejarah saya Puan ………………………………………………….. kerana telah memberikan bimbingan dan panduan kepada saya untuk menyiapkan Kajian Sejarah Tempatan yang bertajuk Salasilah Diri dan Keluarga ini .

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa serta ahli keluarga saya

yang telah memberi kerjasama dan dan sokongan untuk saya menyiapkan tugasan ini.

Selain itu , saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakan – rakan yang membantu dan memberikan kerjasama kepada saya.


MATLAMAT KAJIAN SEJARAH TEMPATAN

Kajian sejarah tempatan
adalah untuk memupuk pemahaman dan kesedaran pelajar tentang sejarah perkembangan masyarakat setempat. Kajian ini membolehkan pelajar menghargai dan berbangga dengan sejarah masyarakat dan persekitaran, mengukuhkan semangat kekitaan dan perpaduan serta dapat memperkayakan khazanah sejarah setempat.


OBJEKTIF KAJIAN SEJARAH TEMPATAN

Objektif Kajian Sejarah Tempatan untuk membolehkan pelajar:

  1. Mengetahui asal usul diri dan keluarga serta mengenali diri dan keluarga.
  2. Memupuk kemesraan, kasih sayang, kebanggaan serta sikap bertanggungjawab dan hormat- menghormati terhadap keluarga.
  3. Mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga, kawan-kawan dan guru.
  4. Mengamal nilai murni yang diwarisi bersama dalam keluarga.
  5. Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang salasilah keluarga.
  6. Mendapat pengalaman secara langsung dalam menjalankan kajian serta membina keyakinan diri.

KAEDAH KAJIAN

Berikut adalah beberapa kaedah untuk memperoleh maklumat serta menganalisis maklumat yang telah diperoleh. Antara kaedah yang digunakan ialah kaedah analisis lisan dan kaedah analisis dokumen.

a) Kaedah analisis dokumen.

Saya telah mengumpul maklumat dan fakta yang berkaitan daripada sumber sejarah seperti sijil kelahiran, kad pengenalan serta sijil-sijil lain. Melalui sumber-sumber ini, saya boleh membuat rujukan dan penyelidikan untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah tepat dan benar

b) Temu bual.

  1. Saya telah mengenalpasti individu yang perlu untuk ditemu bual termasuk ayah, ibu, adik beradik serta ahli keluarga saya yang lain.
  2. Saya telah menyediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan salasilah keluarga saya dan perkembangan diri dan keluarga saya.


SALASILAH KELUARGA

Bermula dengan salasilah keluarga saya, salasilah keluarga bapa saya dan salasilah keluarga ibu saya.


PERKEMBANGAN DIRI DAN KELUARGA

Bermula dengan datuk, nenek, bapa, ibu, kakak atau abang, diri sendiri dan adik (mengikut urutan dalam keluarga). Dibuat dalam format karangan berdasarkan Aspek Kajian Perkembangan Diri dan keluarga. Contohnya ;

Bapa saya.

Gambar ayah

Bapa saya bernama Mansor b. Hassan. Beliau dilahirkan di Kg. Teras Jernang pada 13 Ogos 1966. Beliau merupakan seorang Juruteknik di sebuah syarikat swasta di Bandar Baru Bangi iaitu di ……………………..

Bapa saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah ……………………………………. dan pendidikan menengah di ………………………………………………..…….. Beliau melanjutkan pelajarannya di …………………………………………..………… Beliau adalah seorang yang amat aktif dalam bidang sukan semasa di bangku sekolah. Bapa saya pernah melibatkan diri dalam beberapa acara sukan seperti bola sepak, hoki, bola tampar dan badminton.

Makanan kegemaran bapa saya ialah Nasi ayam dan roti canai bersama air kopi. Dan seterusnya……………………………………………………


LAMPIRAN

Sertakan segala sumber yang menjadi rujukan untuk menyiapkan folio ini, contohnya gambar, sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil-sijil kejayaan dan

lain-lain.


p/s : Sila sertakan gambar ahli keluarga anda. Terima kasih atas kerjasama anda.

No comments:

Post a Comment