Resepi dan penawar hati...sekadar berkongsi resepi kegemaran dan cerita kehidupan yang penuh dengan perjuangan hanya kerana Allah. Hidup perlu diteruskan...
Wednesday, December 15, 2010
PENAWAR DALAM DERITA
Tanpa kita sedar ada hati yang terluka
Tika kita berjanji setia
Tanpa kita sedar ada yang terpinggir
Salah diriku membiarkan kekalutan ini
Tidakku hiraukan penderitaan kalian
Maafkan daku...ku tahu ini salahku
Membiarkan cinta bersarang lagi
Semuanya kini telah berakhir
Membiarkan perginya cinta itu
Aku rela menanggung peritnya*
Kerna itulah penderitaan kalian
Akhirnya hinggap dijiwaku
Menjadi penawar dalam derita
* Aku pasrah padaMu yang memiliki jiwa dan nyawaku
Sesungguhnya Engkaulah yang lebih tahu apa yang terbaik buatku
dan Engkaulah yang memberikan daku kekuatan ini...
Saturday, December 11, 2010
Folio Sejarah Ting.1
Ini adalah usaha saya untuk membantu pelajar-pelajar saya menghasilkan Folio Sejarah Tingkatan 1.
Ia tidaklah sempurna...sekurang-kurangnya diharapkan ia dapat membantu walaupun sedikit...selamat berfolio!
KAJIAN SEJARAH TEMPATAN
TINGKATAN 1
Tajuk : Sejarah Diri dan Keluarga
- Salasilah keluarga
- Perkembangan diri dan keluarga
Aspek Kajian | Soalan-Soalan | Sumber (Bahan maklumat) |
Salasilah keluarga |
|
|
Perkembangan diri dan keluarga |
|
|
Contoh Kajian Sejarah Tempatan Tingkatan 1
ISI KANDUNGAN
1) Penghargaan
2) Matlamat / Objektif Kajian
3) Kaedah Kajian
4) Salasilah keluarga
5) Perkembangan diri dan keluarga (sertakan gambar)
6) Lampiran :
- Salinan KP
- Salinan Sijil kelahiran
- Salinan Sijil-Sijil lain
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru sejarah saya Puan ………………………………………………….. kerana telah memberikan bimbingan dan panduan kepada saya untuk menyiapkan Kajian Sejarah Tempatan yang bertajuk Salasilah Diri dan Keluarga ini .
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa serta ahli keluarga saya
yang telah memberi kerjasama dan dan sokongan untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Selain itu , saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakan – rakan yang membantu dan memberikan kerjasama kepada saya.
MATLAMAT KAJIAN SEJARAH TEMPATAN
Kajian sejarah tempatan
adalah untuk memupuk pemahaman dan kesedaran pelajar tentang sejarah perkembangan masyarakat setempat. Kajian ini membolehkan pelajar menghargai dan berbangga dengan sejarah masyarakat dan persekitaran, mengukuhkan semangat kekitaan dan perpaduan serta dapat memperkayakan khazanah sejarah setempat.
OBJEKTIF KAJIAN SEJARAH TEMPATAN
Objektif Kajian Sejarah Tempatan untuk membolehkan pelajar:
- Mengetahui asal usul diri dan keluarga serta mengenali diri dan keluarga.
- Memupuk kemesraan, kasih sayang, kebanggaan serta sikap bertanggungjawab dan hormat- menghormati terhadap keluarga.
- Mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga, kawan-kawan dan guru.
- Mengamal nilai murni yang diwarisi bersama dalam keluarga.
- Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang salasilah keluarga.
- Mendapat pengalaman secara langsung dalam menjalankan kajian serta membina keyakinan diri.
KAEDAH KAJIAN
Berikut adalah beberapa kaedah untuk memperoleh maklumat serta menganalisis maklumat yang telah diperoleh. Antara kaedah yang digunakan ialah kaedah analisis lisan dan kaedah analisis dokumen.
a) Kaedah analisis dokumen.
Saya telah mengumpul maklumat dan fakta yang berkaitan daripada sumber sejarah seperti sijil kelahiran, kad pengenalan serta sijil-sijil lain. Melalui sumber-sumber ini, saya boleh membuat rujukan dan penyelidikan untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah tepat dan benar
b) Temu bual.
- Saya telah mengenalpasti individu yang perlu untuk ditemu bual termasuk ayah, ibu, adik beradik serta ahli keluarga saya yang lain.
- Saya telah menyediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan salasilah keluarga saya dan perkembangan diri dan keluarga saya.
SALASILAH KELUARGA
Bermula dengan salasilah keluarga saya, salasilah keluarga bapa saya dan salasilah keluarga ibu saya.
PERKEMBANGAN DIRI DAN KELUARGA
Bermula dengan datuk, nenek, bapa, ibu, kakak atau abang, diri sendiri dan adik (mengikut urutan dalam keluarga). Dibuat dalam format karangan berdasarkan Aspek Kajian Perkembangan Diri dan keluarga. Contohnya ;
Bapa saya.
Gambar ayah
Bapa saya bernama Mansor b. Hassan. Beliau dilahirkan di Kg. Teras Jernang pada 13 Ogos 1966. Beliau merupakan seorang Juruteknik di sebuah syarikat swasta di Bandar Baru Bangi iaitu di ……………………..
Bapa saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah ……………………………………. dan pendidikan menengah di ………………………………………………..…….. Beliau melanjutkan pelajarannya di …………………………………………..………… Beliau adalah seorang yang amat aktif dalam bidang sukan semasa di bangku sekolah. Bapa saya pernah melibatkan diri dalam beberapa acara sukan seperti bola sepak, hoki, bola tampar dan badminton.
Makanan kegemaran bapa saya ialah Nasi ayam dan roti canai bersama air kopi. Dan seterusnya……………………………………………………
LAMPIRAN
Sertakan segala sumber yang menjadi rujukan untuk menyiapkan folio ini, contohnya gambar, sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil-sijil kejayaan dan
lain-lain.
p/s : Sila sertakan gambar ahli keluarga anda. Terima kasih atas kerjasama anda.
Hati Yang Rapuh
Best laa lagu ni...lagu asal nyanyian Rahimah Rahim.
Banyak lagu-lagu lama yang aku suka tapi tak tahu tajuk
penyanyi pun tak tahu...so susah laa nak cari...wallah!!!
Hati Yang Rapuh (Rahimah Rahim)
Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran
Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci
Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan
Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...
.