Pages

Hidup perlu diteruskan...pasrahlah pada Yang Esa kerana sesungguhnya hidup dan mati ini hanya untuk Allah!

Monday, September 10, 2018


Breakfast semalam makan roti dengan butter dan strawberry jam...mula2 tak beria sangat nak makan roti dgn jem sbb mmg tak berapa suka jem yg selalunya manis sangat...tp kali ni bila makan jea strawberry jam ni berbeza betul rasanya...risik2 rupanya Miss Hing homemade strawberry Jam...mmg terbaikkk...

Resepi Strawberry Jam Miss Hing

3 kg strawberry
1/2 biji lemon jus
Sebiji parutan kulit lemon
Biji lemon ( sbg pengganti gelatin )
10 sudu besar gula

Basuh dan potong dua strawberry
Masukkan ke dalam periuk bersama2 lemon jus, parutan kulit lemon dan beberapa biji lemon...
Masak selama 3 jam atau sehingga airnya kering
Masukkan gula dan biarkan mendidih dan berkilat...simpan dalam balang kaca apabila telah sejuk

Holiday ke Golden Hope Villa Cameron Highland kali ni bawa balik byk petua dan resepi dari Miss Hing, penjaga GHV...salah satunya Lemon Madu...mmg suka sgt minum lemon madu suam tp selama ni tak tahu macammana nak buat...tqsm Miss Hing from GHV @ Sime Darby

Resepi Lemon Madu

Lemon dipotong mengikut citarasa...
Masukkan ke dalam balang kaca
Masukkan madu sehingga tenggelam lemon
Tutup balang dan simpan dalam peti ais...
Selepas 3 hari baru siap untuk digunakan
Masukkan sesudu besar ke dalam secawan air suam dan minum di awal pagi semasa perut kosong...sangat bagus untuk detox...😘