Resepi dan penawar hati...sekadar berkongsi resepi kegemaran dan cerita kehidupan yang penuh dengan perjuangan hanya kerana Allah. Hidup perlu diteruskan...
Tuesday, July 1, 2014
MUSHROOM SOUP
Sup ni memang favourite saya...tapi dah lama tak buat...semalam tiba-tiba ada pulak kawan yang tanya resepi carbonara...so cite kat dia buat carbonara ni lebih kurang jea dengan mushroom soup...dah tu teringin pulak nak makan mushroom soup...
Bahan-bahanya :
1 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar (holland)
5 biji mushroom segar ( size sederhana )
1 liter susu segar
2 sudu besar tepung gandum
1 kiub pati ayam
3 cawan air panas
Cara-caranya :
1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dipotong dadu sehinggan layu
2. Masukkan mushroom yang dipotong nipis-nipis ( 3 ketul ) sehingga layu
3. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga tepung masak ( lebih kurang 2 - 3 minit )
4. Masukkan susu segar dan kacau rata ( guna whisker pun boleh untuk hancurkan tepung yang berketul )
5. Kacau jarang-jarang sehingga mendidih
6. Blend adunan ( guna yang boleh terus blend dalam periuk pun boleh )
7. Masukkan semula kedalam periuk...tambahkan 3 cawan air dan kiub pati ayam
8. Masukkan mushroom ( 2 ketul ) yang di potong dadu atau nipis-nipis ke dalam adunan
9. Masukkan garam dan serbuk lada hitam / lada sulah.
10.Kacau jarang-jarang sehingga mendidih... dah siap
Sedap dimakan dengan garlic bread...
Subscribe to:
Posts (Atom)