Pages

Hidup perlu diteruskan...pasrahlah pada Yang Esa kerana sesungguhnya hidup dan mati ini hanya untuk Allah!

Monday, September 10, 2018


Breakfast semalam makan roti dengan butter dan strawberry jam...mula2 tak beria sangat nak makan roti dgn jem sbb mmg tak berapa suka jem yg selalunya manis sangat...tp kali ni bila makan jea strawberry jam ni berbeza betul rasanya...risik2 rupanya Miss Hing homemade strawberry Jam...mmg terbaikkk...

Resepi Strawberry Jam Miss Hing

3 kg strawberry
1/2 biji lemon jus
Sebiji parutan kulit lemon
Biji lemon ( sbg pengganti gelatin )
10 sudu besar gula

Basuh dan potong dua strawberry
Masukkan ke dalam periuk bersama2 lemon jus, parutan kulit lemon dan beberapa biji lemon...
Masak selama 3 jam atau sehingga airnya kering
Masukkan gula dan biarkan mendidih dan berkilat...simpan dalam balang kaca apabila telah sejuk

Holiday ke Golden Hope Villa Cameron Highland kali ni bawa balik byk petua dan resepi dari Miss Hing, penjaga GHV...salah satunya Lemon Madu...mmg suka sgt minum lemon madu suam tp selama ni tak tahu macammana nak buat...tqsm Miss Hing from GHV @ Sime Darby

Resepi Lemon Madu

Lemon dipotong mengikut citarasa...
Masukkan ke dalam balang kaca
Masukkan madu sehingga tenggelam lemon
Tutup balang dan simpan dalam peti ais...
Selepas 3 hari baru siap untuk digunakan
Masukkan sesudu besar ke dalam secawan air suam dan minum di awal pagi semasa perut kosong...sangat bagus untuk detox...😘

Sunday, February 5, 2017

Independent Beauty Consultant Mary Kay


Alhamdulillah...Dah settle ESRS Course...semoga segala ilmu yang dapat kat sini akan menjadi pendorong kejayaan dalam Mary Kay dan hidup ini...Thank you pada semua yang support...family and friends...Lots of Love... :)

Thursday, February 2, 2017

MARY KAY SKINCARE

Me (SBC MK) n Rosy (SD MK)

Semenjak dua menjak ni dah mula melibatkan diri dengan Mary Kay...Pada mulanya cuma nak pakai sendiri jea tapi bila dah start pakai Mary Kay dan dah rasa kebaikannya tu yg mula share dengan friends and family...Mary Kay ni produknya berkonsep merawat dari bawah kulit untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik...walaupun sebelum ni nampak kulit muka macam ok jea tapi sebenarnya saya sendiri rasa kurang selesa dengan kulit yang kering dan tona kulit yang tidak sekata...Alhamdulillah dengan Mary Kay Skincare set kulit sekarang seperti baru boleh bernafas...terasa lebih lembut dan segar...bukan cakap kosong yea tapi dari pengalaman sendiri...rasa rugi kalau tak share dan rasa sayang juga pada yang belum berjumpa dengan Mary Kay...Kalau sesiapa yang nak cuba Mary Kay jom laa...sy boleh guide cara-cara menggunakannya dan yang mana satu sesuai untuk anda...InsyaAllah... :)

Boleh WhatsApp...

Azma Ahmad - 0163350174

Thursday, July 21, 2016

Ketupat palas

Setiap kali raya mmg tolong mak buat ketupat palas...sejak jadi org sg.petani laa kannn...hihi...yg paling leceh nak bungkus jea...nak rebus finale tu senang sekali...masuk sini sebagai rujukan...sape nak try pun boleh tp kalau berguru lagi senang...

Bahan-bahan dan caranya :
1 Kg beras pulut
1 Kg santan
Sedikit garam
- Basuh beras pulut masukkan santan dan garam...masak di atas api sehingga pulut separuh masak ( pastikan jangan lembik )
- Kalau guna pulut susu...kurangkan santan
1 Kg beras pulut
600 gram santan

-Setelah separuh masak pulut tu...tunggu sejuk sekejap dan isikan kedalam daun palas yg telah dibuka sekeping-sekeping dan telah dibentukkan menjadi bentuk ketupat.
- Dah siap diisi dan diikat dengan kemas...pastikan masa tarik akhir sebelum diikat tu kena tarik kuat-kuat supaya padat...Masukkan ke dalam periuk dan masukkan air 3/4 hampir tenggelam ketupat palas tadi...jerang sehingga air betul- betul kering...ada bunyi macam pecah minyak mak petuakan...
- Angkat dan toskan supaya sejuk...kalau tak terlalu lembik
- Dah siap...boleh potong kalau besar dan hidangkan dengan rendang atau serunding...dan sedap dimakan begitu sahaja...