Pages

Hidup perlu diteruskan...pasrahlah pada Yang Esa kerana sesungguhnya hidup dan mati ini hanya untuk Allah!

Tuesday, July 1, 2014

MUSHROOM SOUP


Sup ni memang favourite saya...tapi dah lama tak buat...semalam tiba-tiba ada pulak kawan yang tanya resepi carbonara...so cite kat dia buat carbonara ni lebih kurang jea dengan mushroom soup...dah tu teringin pulak nak makan mushroom soup...

Bahan-bahanya :
1 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar (holland)
5 biji mushroom segar ( size sederhana )
1 liter susu segar
2 sudu besar tepung gandum
1 kiub pati ayam
3 cawan air panas

Cara-caranya :
1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dipotong dadu sehinggan layu
2. Masukkan mushroom yang dipotong nipis-nipis  ( 3 ketul ) sehingga layu
3. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga tepung masak ( lebih kurang 2 - 3 minit )
4. Masukkan susu segar dan kacau rata ( guna whisker pun boleh untuk hancurkan tepung yang berketul )
5. Kacau jarang-jarang sehingga mendidih
6. Blend adunan ( guna yang boleh terus blend dalam periuk pun boleh )
7. Masukkan semula kedalam periuk...tambahkan 3 cawan air dan kiub pati ayam
8. Masukkan mushroom  ( 2 ketul ) yang di potong dadu atau nipis-nipis ke dalam adunan
9. Masukkan garam dan serbuk lada hitam / lada sulah.
10.Kacau jarang-jarang sehingga mendidih... dah siap

Sedap dimakan dengan garlic bread...